Thursday, 15 November 2018



Kemaafan.

Apa yang kita faham tentang kemaafan?
Dendam yang terindah?

Ketahuilah…
Kadang-kadang kita perlu memaafkan seseorang itu bukanlah sebab mereka memang layak untuk dimaafkan

Tetapi…
Kita yang memerlukannya
Bagaimana mungkin kita mampu untuk bahagia jika dalam hati kita masih berdendam, masih sukar memaafkan orang lain

Hanya dengan memaafkan, hati kita akan lapang.

Saturday, 10 November 2018

Sumber : Google

Ayuh!
Kuatkan diri dan carilah semangat
Bangkit dari semangat yang hilang dan mulakan hari yang baru

Ayuh!
Apa tunggu lagi?


Semoga kita semua terus kuat meneruskan cabaran dalam hidup.


Wednesday, 7 November 2018


Setuju.
Jika jatuh cinta pada yang kedua, itu bermakna cinta kita belum cukup mendalam.
Perasaan sayang kita belum lagi mencapai 100%.
Masih ada keraguan terhadap pasangan.

Macam mana nak tahu kita dah jumpa orang yang tepat?

Bila kita jumpa, kita akan tahu 😉

Tuesday, 6 November 2018

-Beauty is in the eye of the beholder-

Ya. Kecantikan itu terletak pada mata yang memandang.
Sebab?
Sebab kecantikan itu sifatnya subjektif.
Belum tentu kalau kita lihat seseorang itu cantik, orang lain juga melihatnya begitu.
Begitulah sebaliknya.

Kita semua cantik dengan cara kita sendiri 😊

Monday, 29 October 2018

TANYA SANG ANAK

Konon pada suatu desa terpencil
Terdapat sebuah keluarga
Terdiri dari sang ayah dan ibu
Serta seorang anak gadis muda dan naif!

Pada suatu hari sang anak bertanya pada sang ibu!
Ibu! Mengapa aku dilahirkan wanita?
Sang ibu menjawab, "Kerana ibu lebih kuat dari ayah!"
Sang anak terdiam dan berkata, "Kenapa jadi begitu?"

Sang anak pun bertanya kepada sang ayah!
Ayah! Kenapa ibu lebih kuat dari ayah?
Ayah pun menjawab, "Kerana ibumu seorang wanita!!!
Sang anak kembali terdiam

Dan sang anak pun kembali bertanya!
Ayah! Apakah aku lebih kuat dari ayah?
Dan sang ayah pun kembali menjawab, "Iya kau adalah yang terkuat!"
Sang anak kembali terdiam dan sesekali mengerut dahinya.

Dan dia pun kembali melontarkan pertanyaan yang lain.
Ayah! Apakah aku lebih kuat dari ibu?
Ayah kembali menjawab,"Iya kaulah yang terhebat dan terkuat!"
"Kenapa ayah, kenapa aku yang terkuat?" Sang anak pun kembali melontarkan pertanyaan.

Sang ayah pun menjawab dengan perlahan dan penuh kelembutan. "Kerana engkau adalah buah dari cintanya!
Cinta yang dapat membuat manusia tertunduk dan terdiam. Cinta yang dapat membuat semua manusia buta, tuli serta bisu!

Dan kau adalah segalanya buat kami.
Kebahagiaanmu adalah kebahagiaan kami.
Tawamu adalah tawa kami.
Tangismu adalah air mata kami.
Dan cintamu adalah cinta kami.

Dan sang anak pun kembali bertanya!
Apa itu Cinta, Ayah?
Apa itu cinta, Ibu?
Sang ayah dan ibu pun tersenyum!
Dan mereka pun menjawab,"Kau, kau adalah cinta kami sayang.."

-Kahlil Gibran-

KATA SELEMBAR KERTAS SEPUTIH SALJU


Kata selembar kertas seputih salju, "Aku tercipta secara murni, kerana itu aku akan tetap murni selamanya.
Lebih baik aku dibakar dan kembali menjadi abu putih daripada menderita kerana tersentuh kegelapan atau didekati oleh sesuatu yang kotor."

Tinta botol mendengar kata kertas itu. Ia tertawa dalam hatinya yang hitam, tapi tak berani mendekatinya.
Dan selembar kertas yang seputih salju itu tetap suci dan murni selamanya -suci dan murni- dan kosong.

-Kahlil Gibran-

Monday, 18 February 2013

Aku Rindu Nak Baca Buku Terbitan Fargoes...


Kelmarin aku ternampak adik aku yang umur 12 tahun sedang baca buku. Bila aku cuba intai buku apa yang khusyuk sangat adik aku baca tu, rupa-rupanya buku Siri Lima Penyiasat karya Enid Blyton suatu ketika dulu. Aku pun rasa macam "eh eh buku nie la..dah lama aku tak baca". Tiba-tiba aku diburu rasa rindu untuk kembali membaca buku-buku terbitan Fargoes. Alaa..takkan korang tak pernah baca kut. Seriously, aku sangat suka membacanya semasa zaman sekolah rendah dulu. Tapi apakan daya bila aku semakin menuju zaman remaja, minat membaca buku cerita mula berkurang seiring dengan waktu diganti dengan minat membaca novel-novel cinta. Akhirnya sehingga ke hari ini aku tidak pernah lagi membaca buku-buku keluaran Fargoes.



Kini aku rasakan semangat aku kembali berkobar-kobar untuk membaca buku-buku siri penyiasatan keluaran Fargoes. Dalam banyak-banyak buku Fargoes, aku paling suka Siri Lima Penyiasat berbanding siri Tujuh Penyiasat atau pun Lima Sekawan atau pun sebagainya. Ini kerana misteri yang diselesaikan oleh Gemuk, John, Samy, Mary, Saroja, Niko, dan anjing mereka, Buster dalam buku ini sangatlah menarik perhatian aku sebagai pembaca. Tajuk-tajuk yang terdapat dalam siri ini adalah :-

  1. Misteri Pondok Terbakar.
  2. Misteri Kucing Hilang.
  3. Misteri Bilik Rahsia.
  4. Misteri Rantai Hilang.
  5. Misteri Karung Ajaib.
  6. Misteri Surat Dendam.
  7. Misteri Banduan Ghaib.
  8. Misteri Kucing Pantomim.
  9. Misteri Pencuri Ghaib Di Hutan Inai.
  10. Misteri Rumah Tersembunyi.
  11. Misteri Kehilangan Putera Raja.
  12. Misteri Menara Penunggu.
  13. Misteri Surat Terbang.
  14. Misteri Seri Keruing.
  15. Misteri Lorong Cempaka.
Menarik kan tajuk-tajuknya? Percaya atau tidak, untuk setiap satu buku-buku di atas aku pernah baca sampai berbelas-belas kali dulu. Betapa mendalamnya minat aku terhadap pembacaan suatu ketika dulu. Sebenarnya sebelum ini di rumah aku mempunyai koleksi Siri Lima Penyiasat yang cukup, tapi seiring dengan tajuknya yang 'hilang', buku Misteri Kucing Hilang akhirnya hilang. Sampai sekarang aku tak dapat selesaikan misteri kehilangan buku tersebut. Ceritanya pun aku dah ingat-ingat lupa. Beberapa tahun kemudian buku Misteri Pondok Terbakar pula yang hilang. Oh aku agak kecewa bila buku tersebut turut hilang sebab bagi aku itulah buku yang paling menarik dalam banyak-banyak siri penyiasatannya. Tapi biarlah nak buat macam mana. Sob3..





Tapi bukan Siri Lima Penyiasat je yang tak cukup koleksinya. Nasib yang sama jugak menimpa siri Lima Sekawan yang cuma ada 8 buah buku daripada 18 sirinya (banyak yang ayah aku tak sempat beli agaknya), siri Tujuh Penyiasat yang cuma ada 9 buah buku daripada 15 sirinya, dan macam-macam lagi. Aku selalu terfikir di manalah aku nak beli buku-buku tersebut untuk mencukupkan koleksinya. Aku tau sekarang nie agak susah untuk aku mendapatkannya di kedai-kedai buku. Tapi aku betul-betul nak baca keseluruhan buku siri penyiasatan yang diterbitkan Fargoes dulu. Hurmm....

Tuesday, 12 February 2013

7 Hari Kejadian Alam


Subhanallah...

Sabtu = Tanah dijadikan

Ahad = Gunung ditancapkan

Isnin = Pohon-pohon ditumbuhkan

Selasa = Bahan-bahan mineral dijadikan

Rabu = Cahaya dijadikan

Khamis = Binatang dijadikan

Jumaat = Alam dijadikan