Kelmarin aku ternampak adik aku yang umur 12 tahun sedang baca buku. Bila aku cuba intai buku apa yang khusyuk sangat adik aku baca tu, rupa-rupanya buku Siri Lima Penyiasat karya Enid Blyton suatu ketika dulu. Aku pun rasa macam "eh eh buku nie la..dah lama aku tak baca". Tiba-tiba aku diburu rasa rindu untuk kembali membaca buku-buku terbitan Fargoes. Alaa..takkan korang tak pernah baca kut. Seriously, aku sangat suka membacanya semasa zaman sekolah rendah dulu. Tapi apakan daya bila aku semakin menuju zaman remaja, minat membaca buku cerita mula berkurang seiring dengan waktu diganti dengan minat membaca novel-novel cinta. Akhirnya sehingga ke hari ini aku tidak pernah lagi membaca buku-buku keluaran Fargoes.
Kini aku rasakan semangat aku kembali berkobar-kobar untuk membaca buku-buku siri penyiasatan keluaran Fargoes. Dalam banyak-banyak buku Fargoes, aku paling suka Siri Lima Penyiasat berbanding siri Tujuh Penyiasat atau pun Lima Sekawan atau pun sebagainya. Ini kerana misteri yang diselesaikan oleh Gemuk, John, Samy, Mary, Saroja, Niko, dan anjing mereka, Buster dalam buku ini sangatlah menarik perhatian aku sebagai pembaca. Tajuk-tajuk yang terdapat dalam siri ini adalah :-
- Misteri Pondok Terbakar.
- Misteri Kucing Hilang.
- Misteri Bilik Rahsia.
- Misteri Rantai Hilang.
- Misteri Karung Ajaib.
- Misteri Surat Dendam.
- Misteri Banduan Ghaib.
- Misteri Kucing Pantomim.
- Misteri Pencuri Ghaib Di Hutan Inai.
- Misteri Rumah Tersembunyi.
- Misteri Kehilangan Putera Raja.
- Misteri Menara Penunggu.
- Misteri Surat Terbang.
- Misteri Seri Keruing.
- Misteri Lorong Cempaka.
Menarik kan tajuk-tajuknya? Percaya atau tidak, untuk setiap satu buku-buku di atas aku pernah baca sampai berbelas-belas kali dulu. Betapa mendalamnya minat aku terhadap pembacaan suatu ketika dulu. Sebenarnya sebelum ini di rumah aku mempunyai koleksi Siri Lima Penyiasat yang cukup, tapi seiring dengan tajuknya yang 'hilang', buku Misteri Kucing Hilang akhirnya hilang. Sampai sekarang aku tak dapat selesaikan misteri kehilangan buku tersebut. Ceritanya pun aku dah ingat-ingat lupa. Beberapa tahun kemudian buku Misteri Pondok Terbakar pula yang hilang. Oh aku agak kecewa bila buku tersebut turut hilang sebab bagi aku itulah buku yang paling menarik dalam banyak-banyak siri penyiasatannya. Tapi biarlah nak buat macam mana. Sob3..
Tapi bukan Siri Lima Penyiasat je yang tak cukup koleksinya. Nasib yang sama jugak menimpa siri Lima Sekawan yang cuma ada 8 buah buku daripada 18 sirinya (banyak yang ayah aku tak sempat beli agaknya), siri Tujuh Penyiasat yang cuma ada 9 buah buku daripada 15 sirinya, dan macam-macam lagi. Aku selalu terfikir di manalah aku nak beli buku-buku tersebut untuk mencukupkan koleksinya. Aku tau sekarang nie agak susah untuk aku mendapatkannya di kedai-kedai buku. Tapi aku betul-betul nak baca keseluruhan buku siri penyiasatan yang diterbitkan Fargoes dulu. Hurmm....

Hai...sama la saya pun peminat buku2 ni ..yg saya masih xlupa crita misteri kucing pantomim ni lah. Dan ada satu lagi cerita, desa bunyi loceng.
ReplyDelete